twitter
rss

SEJAK 1988

SEJAK 1988

IKON HASANAH KIDS

IKON HASANAH KIDS

Gambar Aktiviti Hasanah Kids


Penubuhan TADIKA & TASKA HASANAH adalah sebagai memenuhi tuntutan semasa masyarakat dalam menyediakan sebuah institusi asuhan kanak-kanak dengan ciri-diri keIslaman, disusun dan direncanakan dengan teliti berasaskan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. Menekankan konsep pendidikan bersepadu berdasarkan Kurikulum Baru Prasekolah Kebangsaan dan gabungan Kaedah Hasanah Pintar Soleh. Kaedah ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan generasi yang bukan sahaja pintar tetapi soleh menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi. Di samping ia menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan diri secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu sebagai persediaan ke sekolah rendah.

Mendidik anak-anak mencintai Allah dan Rasul.
Melahirkan generasi berpengetahuan yang komited dan mantap pegangan Agama yang dijana melalui bimbingan kerohanian, intelek, emosi dan jasmaninya.

Mengamalkan akhlak mulia serta menghayati nilai-nilai Islam bagi melahirkan individu yang segala rupa kegiatan hidupnya berteraskan keimanan kepada Allah s.w.t.



* Menjadikan bacaan Al-Quran dan hafalan doa serta solat sunat Dhuha(sesi pagi) sebagai amalan harian.
* Penekanan Bahasa Inggeris sepenuhnya bagi subjek Matematik & Sains dalam rangka persediaan ke tahun 1.
* Sistem pendidikan yang menyeluruh termasuk Ko-kurikulum dan asas kemahiran hidup.(Sukaneka, Konvokesyen, Kem Anak Soleh, Majlis Harilahir, Hari Ibu, Lawatan, Rawatan Kesihatan , Nasyid, dll).
* Kemudahan pendidikan dengan pelbagai bahan pembelajaran serta aktiviti menyeronakkan, menarik dan efektif bermula dari bayi hingga umur 6 tahun.
* Kelas yang selesa & ceria yang dirancang khas bagi mewujudkan suasana cukup kondusif untuk proses perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
* Pelaburan berpatutan dengan jaminan mutu dan kualiti yang jauh lebih baik.
* Skim Insuran Takaful untuk kanak-kanak (TADIKA sahaja)

Dibimbing dengan penuh kasih sayang, mesra dan bertanggungjawab oleh guru-guru yang berpegangan teguh pada syariat Islam serta berkelayakan dan berpengalaman luas dalam bidang pendidikan

STRUKTUR PENTADBIRAN

Dr. Putri Zabariah Bt. Megat Ab.Rahman
(PhD) Edith Cowan Uni.Australia.Penggubal Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Dr. Abdullah Bin Endut
M.A (EDU) U.KB.A (Hons) Uni. Al-Azhar Cairo

Mohd. Taqiuddin Bin Abdullah
Dip. Ed. (UIA) B.A (Hons) Uni. Al-Azhar Cairo

Muhamad Bin Jantan
B.A Psikologi & Dip. Psikologi (Kaunseling)U.K.M
Amaluddin Bin Mohd Napiah
B.A (B.Arab) Univ. Of Islamic Studies, Karachi

Mohd Hassan Mokhtar Bin Mohd Ali
Malaysia/British Ins. Of Management

Kurikulum Tadika


Jadual Waktu


Umur Bahagian

Dari 2 bulan - 3 tahun (TASKA)

Dari 4 tahun - 6 tahun (TADIKA)

Aktiviti Tadika & Taska


Pendaftaran
Untuk maklumat lanjut berkenaan yuran Semester/Bulanan/Buku/Peralatan dll. Sila hubungi penyelia di unit berdekatan dengan anda

PUSAT PENDIDIKAN HASANAH
No. 29, Lorong Keramat 4. Kampung. Datok Keramat
54000 Kuala Lumpur. Tel: 03-42664050/03-42572576


Unit Taman Tun Dr. Ismail
No. 4, Jalan 3/71BPinggir Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur. Tel: 03-77253594
Unit Kg. Datok Keramat
No. 29, Lorong Keramat 4. Kampung. Datok Keramat
54000 Kuala Lumpur. Tel: 03-42572576

Unit Ampang Hulu Kelang
No. 8, Jalan 14/56Kawasan Kelumpuk KuangAmpang Hulu Kelang
54200 Kuala Lumpur. Tel: 03-41075722

Unit Taman Selayang
No. 43, Jalan SatuTaman Selayang
68100 Batu CavesSelangor Darul Ehsan. Tel: 03-61897454

Unit Bandar Sri Damansara
No. 1, Jalan Margosa SD 10/5CBandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur. Tel: 03-62724240

Unit Kota Damansara
No. 26, Jalan Cecawi PSB 6/21Seksyen 6, Kota Damansara
47000 Sungai BulohSelangor Darul Ehsan. Tel: 03-61571064

Ucapan