twitter
rss

SEJAK 1988

SEJAK 1988

IKON HASANAH KIDS

IKON HASANAH KIDS

Gambar Aktiviti Hasanah Kids



Penubuhan "HASANAH KIDS" TADIKA & TASKA HASANAH adalah sebagai memenuhi tuntutan semasa masyarakat dalam menyediakan sebuah institusi asuhan kanak-kanak dengan ciri-diri keIslaman, disusun dan direncanakan dengan teliti berasaskan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. Menekankan konsep pendidikan bersepadu berdasarkan Kurikulum Baru Prasekolah Kebangsaan dan gabungan Kaedah Hasanah Pintar Soleh. Kaedah ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan generasi yang bukan sahaja pintar tetapi soleh menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi. Di samping ia menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan diri secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu sebagai persediaan ke sekolah rendah.

Mendidik anak-anak mencintai Allah dan Rasul.
Melahirkan generasi berpengetahuan yang komited dan mantap pegangan Agama yang dijana melalui bimbingan kerohanian, intelek, emosi dan jasmaninya.

Mengamalkan akhlak mulia serta menghayati nilai-nilai Islam bagi melahirkan individu yang segala rupa kegiatan hidupnya berteraskan keimanan kepada Allah s.w.t.



* Menjadikan bacaan Al-Quran dan hafalan doa serta solat sunat Dhuha(sesi pagi) sebagai amalan harian.
* Penekanan Bahasa Inggeris sepenuhnya bagi subjek Matematik & Sains dalam rangka persediaan ke tahun 1.
* Sistem pendidikan yang menyeluruh termasuk Ko-kurikulum dan asas kemahiran hidup.(Sukaneka, Konvokesyen, Kem Anak Soleh, Majlis Harilahir, Hari Ibu, Lawatan, Rawatan Kesihatan , Nasyid, dll).
* Kemudahan pendidikan dengan pelbagai bahan pembelajaran serta aktiviti menyeronakkan, menarik dan efektif bermula dari bayi hingga umur 6 tahun.
* Kelas yang selesa & ceria yang dirancang khas bagi mewujudkan suasana cukup kondusif untuk proses perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
* Pelaburan berpatutan dengan jaminan mutu dan kualiti yang jauh lebih baik.
* Skim Insuran Takaful untuk kanak-kanak (TADIKA sahaja)

Dibimbing dengan penuh kasih sayang, mesra dan bertanggungjawab oleh guru-guru yang berpegangan teguh pada syariat Islam serta berkelayakan dan berpengalaman luas dalam bidang pendidikan

PENASIHAT

Dato' Hj. Nahwari Bin Hj. Hashim
Pengerusi Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM)

Dr. Abdullah Bin Endut
M.A (EDU) U.KB.A (Hons) Uni. Al-Azhar Cairo

Mohd. Taqiuddin Bin Abdullah
Dip. Ed. (UIA) B.A (Hons) Uni. Al-Azhar Cairo

Muhamad Bin Jantan
B.A Psikologi & Dip. Psikologi (Kaunseling)U.K.M

Amaluddin Bin Mohd Napiah
B.A (B.Arab) Univ. Of Islamic Studies, Karachi






Aktiviti Hasanah Kids





Pendaftaran Dan Kemasukan Di Hasanah Kids

Untuk maklumat lanjut berkenaan yuran Semester/Bulanan/Buku/Peralatan dll.
Sila hubungi penyelia di unit berdekatan dengan anda.

( lihat Alamat dan No. Telefon pada bahagian atas sebelah kanan Menu - 

Hubungi Kami ) 


0 ulasan:

Catat Ulasan

Ucapan