twitter
rss

SEJAK 1988

SEJAK 1988

IKON HASANAH KIDS

IKON HASANAH KIDS

Gambar Aktiviti Hasanah Kids

Sungguh pantas sebulan berlalu dan terlalu cepat Ramadan meninggalkan kita. Syukur alhamdulillah dalam kesibukan kita bekerja, kita tetap memberikan tumpuan beribadah kepada Allah SWT dibulan yang penuh barakah tersebut.

Semoga kita meraikan kemenangan Syawal dengan meningkatkan amalan ibadah dan melaksanakan tanggung jawab dengan penuh amanah. Dan semoga pula kita kembali kefitrah asal selepas mentarbiah diri pada bulan ramadan al mubarak.

Akhir kata, kami seluruh staff dan kaki tangan warga Pusat Pendidikan Hasanah mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua ibu bapa/penjaga tadika & taska hasanah dan seluruh umat islan dimanapun jua.

Sebagai ingatan mari kita juga megambil kesempatan untuk melakukan puasa 6 hari dibulan syawal ini.

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Ucapan